Ahlan Wa Sahlan

TEAM SPR 2013

TEAM SPR 2013

Friday, 24 January 2014

Apakah makna "Pilihanraya" ?



Pilihanraya adalah suatu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili ahli dalam berpersatuan. Ia juga merupakan suatu mekanisme demokrasi dalam memilih wakil pelajar bagi mengimbangi sesebuah persatuan.

Dengan pilihanraya ini, maka kekuatan dan keteguhan sesebuah persatuan bergantung sepenuhnya dengan suara pilihanraya ini. Atas sebab pilihanraya ini juga, kepimpinan boleh berubah dan ditukar bergantung dengan pilihan dan suara ahli.


Kepentingan Wujudnya PilihanRaya



Pilihanraya BKPSM akan dilaksanakan setahun sekali untuk memilih pucuk kepimpinan yang berwibawa. BKPSM sebagai medan untuk Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKPSM melaksanakan tugas-tugas sebagai ketua bagi setiap biro yang wujud dalam persatuan. Menerima mandate dari ahli untuk menyusun dan menyelaraskan gerak kerja BKPSM. Program-program yang menjadi agenda utama setiap tahun, kebajikan ahli serta kemudahan yang diberikan akan menjadikan BKPSM sendiri satu badan yang sistematik dan tersusun.

 Berikut adalah beberapa kepentingan yang dapat kita ambil dalam sesebuah pilihan raya:
  
1)Kuasa ahli itulah cermin pilihanraya yang bebas dan adil.

2)‘Rumah kecil’ yang melahirkan pemimpin untuk sebuah Negara besar.

3)Mengajar dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses pilihanraya dan menimbulkan kesedaran serta memberi peluang kepada mahasisiwa untuk memilih pucuk kepimpinan mereka.
   
   4)Ahli Jawatankuasa Tertinggi tidak akan wujud sekiranya ahli biasa tidak turut sama menyertai dan menyokong kepimpinan dalam sebuah persatuan.


 
Faedah Pilihan Raya


Pilhanraya dalam persatuan menjadikan ahli-ahli dalamnya lebih bijak dalam memilih pemimpin yang lebih sesuai, berwibawa, bertanggungjawab dan sebagainya. Ini adalah salah satu intipati dalam kriteria pemilihan yang mesti diambil berat oleh setiap ahli. Pemilihan dan penilaian berdasarkan sifat-sifat negative akan menjadikan sistem dalam kepimpinan dan kendalian persatuan akan rosak dan kucar-kacir.

  Berikut adalah beberapa faedah yang dapat diambil dalam pilihanraya dalam sesebuah organisasi: 
  
  1)Ahli boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin persatuan mereka
  
  2)Menerusi kempen pilihanraya, mahasiswa dapat memahami proses pembentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, ahli dapat menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.

3)Mahasisiwa boleh menentukan sendiri hala tuju persatuan agar kebajikan dan keselamatan para ahli BKPSM terjaga dan dilindungi.




Sedarkah kita? Sebagai ahli dalam sebuah organisasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memilih calon pemimpin mereka dalam memegang sebuah tampuk kepimpinan.

Oleh yang demikian , Kami Menyeru ahli BKPSM cakna dan peka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ahli memilih pucuk kepimpinan yang berwibawa.

"Dari KITA untuk KITA juga" 




No comments:

Post a Comment